Monday, February 20, 2012

Nuha genap 4 bulan

20 Februari 2012


Sehingga tarikh ini,genaplah nuha 4 bulan....dan kami pulak lenih kurang 2 bulan lebih dah menetap di London...So far alhamdulillah..Allah mengurniakan kesihatan yang baik pada kami sekeluarga dan saya akan terus berdoa supaya Allah memudahkan perjalanan hidup kami di bumi asing ini.

Apa Nuha dah pandai buat ye?Tok dgn Wan Langgar selalu tanya,Nuha dah boleh apa?heheh..Nuha tak boleh meniarap lagi...anak dara ni malas lagi nak alih2 badan..hehehe..tapi so far ok la sebab kalau dia mula bergerak,alamatnya saya tak larat nak nak kepung...huhuh.teringat waktu Adam kecik dulu..waktu 2 bulan lebih dah meniarap.Dalam pantang lagi dah tunjuk minat nak meniarap...Takpe la abang dgn adik ada perbezaan dia,yang penting dua2 permata hati saya ni sihat.Tapi Nuha dah mula pandai minta dukung la..Kalau sesiapa lalu dekat dia,dia buat suara suruh angkat,pastu lentikkan badan dia..haha rasa mcm lawak,tp memang betul la tu,dia minta diangkat.Kalau time mood dia ok,siap bunyi aw..aw...hehe mcm kucing...nak sembang rupanya...




Si Abang Adam pulak sedang belajar mengenal alif ba ta...Dia suka sangat tengok upin ipin,cerita smurf dll.Kadang-kadang satu hari sampai 2,3 kali pasang movie yang sama.Jadi,saya sarankan pada suami supaya upload video nasyid alif ba ta.Sekurang-kurangnya dia boleh mula mengenal huruf hijaiyah.Alhamdulillah..pendekatan melalui lagu sangat mengagumkan.Walaupun Adam tak boleh hafal semua,tp sekurang-kurangnya dia dah boleh tau sikit-sikit.Tapi apa-apa pun memang nak kena cari muqaddam dan start ajar dia tiap2 hari..takut dia ketinggalan dan nak dia kenal huruf bukan hafal huruf.Setakat ni abc pun dia boleh hafal dah..cuma dia masih belum kenal huruf....So...bermula la fasa mencabar mendidik anak-anak..huhuh..Apa-apa pun saya sentiasa mendoakan anak-anak saya membesar menjadi manusia berguna di Dunia dan Akhirat

No comments:

Post a Comment