Friday, February 17, 2012

Mati itu pasti...

Hari Rabu(malam Khamis) bersamaan 15 Feb 2012 yang lalu,kami dikejutkan dgn berita pemergian Bapa Saudara saya,Abdul Rahim bin Haji Ahmad.Saya sangat terkejut menerima perkhabaran ttg kematian beliau,kerana bg saya Pak Cik masih muda.Malam tu juga,saya terus telefon rumah saya utk mendapatkan kepastian ttg berita ini.Memang sahlah..pakcik saya telah meninggal dunia pukul 5 pg (waktu Malaysia bersamaan 16 Feb 2012,hari Khamis).Saya tergamam seketika.Menurut abah saya,pakcik dikejutkan ke hospital pukul 4 pg..mungkin kerana sesak dada...tetapi lebih kurang sejam kemudian,beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.Saya tak sempat bertanyakan banyak perkara ttg berita ini kerana waktu tu,abah saya sibuk menguruskan jenazah,menelefon saudara mara dan menguruskan beberapa perkara lain lagi utk mengebumikan mayat arwah pada pagi hari tersebut.Masih teringat kali terakhir kami bertemu iaitu pada hari kami sekeluarga nak berlepas ke London.Saya tertunggu-tunggu juga kehadiran pakcik dan makcik di rumah sbm kami ke airport...pak cik tak kunjung tiba jua..Waktu tu saya memang tak sempat nak berjalan ke rumah saudara mara kerana saya masih dalam tempoh berpantang.Rupa-rupanya Pakcik dan Makcik menunggu kami di Airport utk mengiringi pemergian kami ke London.Saya sempat bersalaman dengan mereka dan memohon maaf..Itulah kali terakhir saya berjumpa dgn Pakcik dan saya tak pernah terjangka saya tak akan berjumpanya lagi....Segalanya ketentuan Ilahi.Saya Redha dan Pasrah..saya doakan Pakcik Rahim ditempatkan dikalangan orang yang Beriman..InsyaAllah..kita pasti bertemu di 'Sana'.

Berita kematian Pakcik mengingatan saya pd ketika umur saya 14 tahun.Saya menerima berita kematian bapa saudara(dr sebelah tok wan saya).Ketika dia meninggal,umurnya sekitar 30 tahun.Sblm dia meninggal,dia bangun waktu suboh dan terasa sesak dada dan meminta isterinya sapukan ubat.Sakit menjadi semakin kuat,Akhirnya dia hanya mampu menyebut 'Allah,Allah,Allah;.Rupanya,ajalnya sudah sampai.Ketika dia meninggal,usianya masih muda,dan punya anak-anak yang masih kecil dan perlukan perhatian.Sejak dr peristiwa itu,saya terasa sangat insaf dan rasa bila-bila masa saja Tuhan akan jemput saya pulang.Tak perlu tunggu tua.Saya terbayang Malaikat sedang menyoal saya di alam kubur..terbayang tentang balasan yang akan saya terima di alam sana.Saya jadi takut.Peristiwa tersebut betul-betul terkesan di hati saya.Saya mula bangun awal pagi kerana saya takut tak sempat solat Suboh,takut malaikat dah datang jemput saya.Lama jugak saya mengalami trauma tu..lebih kurang sebulan dua..Saya tak mampu tersenyum kerana teringat akan 'mati' akan datang tak kira masa.

Sekali lagi,perasaan seperti itu muncul dalam hidup saya sejak saya menetap sementara di bumi London ini.Sejak saya datang ke sini,sudah dua orang ahli keluarga saya pergi menemui Ilahi.Pertamanya sepupu saya,Abang Mi.Saya sempat berjumpa dgn Abang Mi dan keluarganya beberapa hari sebelum saya melahirkan Nuha.Waktu tu kami bertandang ke rumah Mak Ngah Yam saya di Kuala Kedah.Mak Ngah buat kenduri doa selamat sbb nak pegi buat Haji..Waktu tu,Abang Mi nampak kurus sgt dan seperti tak sihat.Bila ditanya,Abang Mi cakap dia sakit urat,tp bila pi hospital Dr tak dapat kesan sakit apa,mungkin juga penyakit misteri..kerana dia orang busines..Tapi,apa apa pun kena berbaik sangka pada orang..anggap ini semua ujian Allah utk hambanya.Lebih kurang sebulan kami di UK,mak btgau Abang Mi dah meninggal...Innalillah...dia sudah pergi mengadap Ilahi dalam usia yang agak muda..sekitar 50 tahun.

Serta merta saya teringat pasal kematian sahabat seperjuangan saya di UIA dulu,Allahyarham Wan Ahmad Fadhil.Kalau tak silap Ahmad meninggal pada 1 Mac 2011 lalu akibat kemalangan jalan raya.Kenderaan yang Ahmad naiki bertembung dgn kuda yang melintas tiba-tiba atas jalan raya.Berita tersebut betul2 membuatkan saya tersentak kerana Ahmad meninggal seta merta di tempat kejadian.Namun Allah memberi ujian yang sangat besar buat Isteri dan anak-anaknya kerana mereka berempat dalam kereta yang sama pd hari kejadian,namun Allah memilih Ahmad utk kembali kepadanya terlebih dahulu.Saya pasti Nur,isteri Ahmad sangat fobia dgn kejadian tersebut dan tersangat besar ujian yang terpaksa beliau tempuh kerana pada ketika suaminya meninggal,mereka baru mendapat baby baru berusia dua bulan,dan pada waktu tu,mereka dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Setiu.Arwah Ahmad,bekerja di Islamabad sebagai PTD dan waktu tersebut dia pulang bercuti ke Malaysia dan ingin membuat kejutan utk keluarganya..dgn tidak memberitahu kepulangannya ke Malaysia.Rupanya kejutan itu bukan sekadar kejutan biasa tetapi kejutan yang amat hebat kerana Keluarganya menerima berita kepulangannya dan kematiannya sekaligus..Ya Allah..ujian yang kau beri pada mereka terlalu besar..Mudah-mudahan Arwah Wan Ahad Fadhil tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang Soleh.

Apa yang pasti,sejak saya sampai di Bumi London ni,saya seringkali terbayang pasal kematian.Kerana saya takut andainya terjadi sesuatu yang saya tak ingini sewaktu kami berada di bumi asing ini sedangkan keluarga jauh di Malaysia.Saya berdoa setiap hari agar dilindungi Allah dr segala perkara yang tak diingini.Saya memohon supaya Allah memanjatkan usia kami semua utk terus bernafas di dunia fana ini utk mengutip sebanyak mungkin bekalan utk dibawa ke alam 'sana'.

Mati itu pasti dan muda bukanlah jaminan yang kita masih punya banyak waktu utk hidup di dunia ini.Nyawa ini hanyalah sekadar pinjaman dr Allah.Jadi gunakanlah masa yang ada sebaik-baiknya utk membuat amal ibadah dan kebajikan sebagai bekalan di Alam 'sana'.'Setiap yang hidup pasti akan menemui kematian'....Telah jelas dalam Al quran menyebutkan tentang perkara ini.Mudah-mudahan kita sentiasa bersedia menghadapi kenyataan itu...

No comments:

Post a Comment