Wednesday, December 5, 2012

Happy 1st Anniversary(1 Dec 2011-1 Dec 2012)

Assalamualaikum....

Tajuk tu dah bikin salah anggap dah.Hehe sebenarnya anniversary kitaorang sempena setahun di Uk.Semlm cdg nk tulis blog ni tp tak sempat.Sekarang baru berkesempatan bila anak2 dan suami dah tidur..aman la sikit kan.

Sepanjang setahun di sini, macam 2 suka duka kami lalui.Ada pengalaman buruk, pengalaman manis...semua tu mengajar kami erti kehidupan sebenar.Tambahan pulak sekarang ni duduk di perantauan, jauh dr keluarga.Automatik menjadikan kami lebih berdikari.Kalau dulu teringin nk mkn 'tepung tlm'order ja kt mak..Tp la ni kn la buat sendiri ya.Dulu tak terror masak, la ni dah pndai.haha bukan puji diri sendiri...tp perasan la kot.kikiki

Bermula jejak kaki di Uk pd ketika Nuha berumur 43 hari.Pengalaman agak kureng best awalnya tp alhamdulillah, berkat kesabaran km berjaya harungi semua dgn izin Allah taala.Dalam tempoh setahun di sini, macam- macam cerita suka duka sampai ke pengetahuan kami.Bermula dgn berita pemergian Arwah Pak Cik Rahim, iaitu bapa saudara...seolah-olah masih terasa beliau masih hidup sebab terasa mcm mimpi mengenangkan kali terakhir berjumpa arwah ketika di airport waktu mengiringi pemergian kami ke sini.Kemudian berita sepupu kami; abang mi yg juga meninggal dunia sebulan selepas kami berhijrah ke UK.Mcm mimipi sebab sblm dtg sini, ada berjumpa arwah...tp apakan daya Allah maha memgetahui.

Menyusul pula cerita ttg pemergian adik ipar paksu...Izzah.Masih ingat lagi waktu saya sekolah rendah, saya agak rapat dgn arwah kerana arwah selalu mengikut kakaknya(maksu) ke rumah wan saya.Kami selalu main batu tujuh.Ada juga yg sebut batu seremban.Selalunya kami main bertiga,dgn sorang lg sepupu saya iaitu Suraya.Namun, Allah lebih menyayanginya..Tanggal 2 Ramadhan yang lalu, arwah dijemput kembali kpdNYA..Khabarnya arwah Demam panas disebabkn virus dr kencing tikus.Wallahua' lam..Peristiwa tu berlaku sgt pntas..sedar2 dia dah takde.Terkedu seketika kerana mengenangkn arwah adalah anak bongsu dalam keluarga.Waktu tu rasa insaf dan baru tersedar muda buka jaminan yang kita akan hidup lebih lama.Sakit itu hanyalah penyebab kpd sesuatu kematian.Allah maha mengetahui segala galanya.

Kemudian dtg pula berita ttg anak sepupu saya , Awanis terlibat dlm kemalangan .Khabarnya berlanggar dgn lori  gas dan waktu tu dia sedang menunggang motosikal dalam perjalanan nak pergi ke kedai membeli barang keperluan rumah.Sejak dari hari itu beliau hanya terlantar di atas katil tak mampu berdiri apatah lagi berjalan dan menguruskan diri.Tak dpt dibayangkan perasaan Awanis di kala ini,umurnya masih muda,masih belajar di UitM, namun Allah uji dia dgn ujian begitu.Saya tahu begitu perit utk lalui semua tu kerana Awanis dan keluarganya juga terlebih dulu diuji dgn berita pemergian ibu tercinta.Bertimpa-timpa ujian Allah utk mereka,namun mereka redha..AllahuAkbar..sampai sekarang saya rasa sayu dgn Awanis..masih anak dara tp Allah uji dgn sakit begitu..Mudah-mudahan beliau tabah dan dpt bangun kembali demi meneruskan perjuangan hidup.

Sepanjang setahun ni apa berita baik pulak ye.Hehe..2 minggu lepas dpt berita sepupu saya, Suraya selamat bersalin anak perempuan.Tahniah Su!Moga dapat jaga anak tu dgn baik dan dpt pindh ke semenanjung ya
Untuk pengetahuan, su ni ngajar kt Serawak, sama dgn hubby dia.InsyaAllah harap2 tak lama lagi dapat tukar ye.

Sepanjang setahun di UK ni,byk jugak la tempat km pergi jalan-jalan.Antaranya pergi Europe dr 1 April hingga 8 April 2012.Kemudian trip memborong di Port Meirian waktu bank holiday 2 May 2012 dan clearance sale  17 Nov 2012 yang lalu.Hehe Port meirion ni kilangnya di Stoke on Trent.Nanti saya cite ye dlm entri akn dtg.Kemudian bercuti dgn pakej holiday in the sun di Isle of Wight pd 6-9 Julai 2012.Sekali lg holiday in the sun pd 28 Sept- 1 Oct 2012 di Cornwall bersama family rakan kamii; izu dan hisham serta anak2.Kemudian,.fruit picking dgn uxbridge family  seminggu sblm puasa...sebelum tu trip to Birm bersama family eijah+Shan, saiful+mimi, hadi utk melawat kak nadia dpt baby baru.

Banyak lagi kalau nk senaraikan.Hehe..takpe nnti sy akan cerita dlm entri akn dtg ttg percutian2 tu.Mcm2 kisah suka duka yg berlaku.Yang plg terkesan di hati kami ialah petistiwa kehilangan Adam, anak sulung saya.Saya hampir putus asa dan mcm org tak betul waktu tu.Kejadian tu berlaku sehari sebelum raya di Hayes town centre.Waktu tu mcm-macam teringat.Apa nk jwb dgn saudara mara saya,.Apa nasib saya kalau betul Adam tak dijumpai.Saya menangis sesungguh hati tanpa hiraukan orang yang lalu lalang di hadapan saya.Tapi satu perkara saya belajar waktu tu,sikap orang UK tak kira bangsa memang sgt bagus.Setiap yg lalu dkt dgn saya waktu tu cuba beri bantuan.Ada yg cuba pujuk saya, ada yg cuba bagi direction di mana anak saya.Ada org kulit hitam, ada mat saleh dan ada juga india dan juga org arab.Semua baik hati.Mereka cuba meyakinkan saya yang anak saya akan dijumpai semula.Dalam masa yg sama mereka risaukan saya kerana dah mcm org tak betul.Ya Allah..betul saya rasa mcm hilang arah tuju waktu tu.Namum Allah maha Kaya, DIA uji saya sekejap saja...dlm tempoh sejam DIA pulangkan anak saya semula.Sujud syukur saya pd Allah kerana memakbulkan doa saya.Saat nmpk anak saya didukung oleh suami saya dr jauh, hati benar2 lega.Saya terus peluk cium anak saya, Adam.Tak sanggup rasanya berpisah dengannya lagi.

Peristiwa tersebut betul2 buat saya phobia nk pergi ke kedai 99 p lagi sbb kejadian tu bermula di situ.Tp satu yg sgt saya puji ialah Tindakan Polis Uk yg sgt efficient.Kalau di Malaysia, anak hilang terpaksa tunggu kalau tak silap 24 atau 48 jam utk report kpd polis.Tp di sini, baru hilang 5 minit, mmg diaorang suruh report je polis.Memang sgt efficient.Arahan diberi setiap sudut.Dalam setengah jam dah tau lokasi anak saya.Ada logiknya kalau sedar-sedar hilang je kena terus lapor pada polis,harapan nk jumpa balik tu ada.Tp kalau dah sehari atau 2 hari dah hilang baru report, susahlah nk jejak..silap dan diseludup ke negara jiran.Nauzubillah.Tapi insyaAllah kejadian umpama tu kalau di UK masih boleh jumpa balik anak yg hilang, tapi tidak utk negara eEurope yg lain kerana kadar jenayah yg terlalu tinggi.Aku bersykur pdmu ya Allah..masih beri ruang utk bersama anak- anak ku.

Oh ada lg satu berita kurang best..mohon doa dr semua.Supervisor suami saya sekarang tgh berada di ICU.Kabarnya terkena serangan jantung.Lebih 2 minggu beliau di ICU tak sedarkan diri.Dan hari ini 7 Dec,dapat berita mengejutkan yang Beliau telah meninggal dunia.Satu persatu ujian Allah datangkan pada kami.Yang paling terasa ialah suami saya.Apakah nasib PHD dia setelah kehilangan penunjuk arah...Moga-moga Allah beri kemudahan utk suami saya menyempurnakan PHD nya secepat mungkin di UK ni.Saya pun taknak duduk lama-lama kat sini..huhu

As for now,dah winter kembali.Dulu waktu datang winter sekarang pun winter.Cuma dulu waktu kami sampai cuaca tu biasa-biasa je.Boleh tahan la sejuk tu.Tapi Tahun ni punya winter memang mencabar,Pagi-pagi asyik beku je,ingatkan nak snow dah.Hehehe..Kita tunggu dan lihat ke bila snow ye.Harap-harap dapat main snow lagi tahun ni,InsyaAllah walaupun rimas kalau cuaca sejuk sangat.

Semoga kami lebih tabah hadapi hari mendatang dan Allah memberikan kemudahan untuk kami meneruskan perjuangan hidup di bumi asing ini,InsyaAllah.

(p/s:Blog ni saya tulis pd 2 hb..hehehe...)

Thursday, November 29, 2012

Shopping trip:Jom borong port merian

Dok tunggu garage sale portmerian sekian lama dah.Sekali izu bg msg, 17 hb ni sale! Apa lg..segala urusan bisnes dihentikan buat sementara waktu demk nk kejar sale port merian.haha
Perjalanan km bermula dgn singgah di Loughborough..bertolak jumaat mlm bermlm di rumah pot n tini sbb km racun depa ajak pi sekali.haha.
Rancang punya rancang nk keluar pukul 7 pg.tp 8 pg baru tayar golek.Tp kira ok la tu.Sampai ingtkn awal.mak ai manusia..rupanya dah seratus lebih.Oh sori tak bgtau kn ambik no ok nk shopping.Boleh tgk gmbr sy attach tu ramainya manusia..yg syoknya melayu belaka tu..haha..stok meniaga pinggan mangkuk semua.
Dr pemerhatian, yg kaki borong port merian ni org melayu, china dgn korea.hehe.org putih takde la dok mai beratur dr 4 pg.Depa beli 3,4 biji je.Haha bezanya ngan km yg borong berkotak2.Tp seksanya 5 jam beratur baru dpt masuk.Ada masa sejam lbh je nk pilih brg..mak aih sbbnya nk kejar solat lg..takkan shopping lupa solat kan.huhu
Pengalaman betul kt sini.Kat Malaysia tak pernh mimpi nk beratur pnjg psl nl shopping.huhu.Thanks to en suami sbb tlg jg anak2.Memang superb la! Next year kita pi awal lg tau! Haha!


Ni geng borong kami:dr kiri:saya,izu dan pot(shafizal)..tini tak nampak la pulak..huhu


tu nampak tu dpt no 174..huhuh


Salah satu hasil tangkapan

Ni nak tunjuk ramai org beratur..tp tak nampak sgt pulak..haish..

Happy 1st Birthday Nuha!

Assalam..
Lagi entri tertunggak.hehe.Nuha dah cukup setahun usia dia pd 20 october 2012 yg lalu.Hebat tak hebat nuha nk..besday dia disambut 2 hari berturut.- turut.Hehe.Sbbnya hari 2nd tu sambut besday dgn kakak mira comel.Thanks mira atas segala pertolongan dan sponsor makanan.

Tapi beza betul dgn sblm ni.Majlis kali ni tak ramai knk2 sbb ramai kwn2 yg ada family dh balik belaka ke Malaysia.huhu..nasib baik ada intan yg baru dtg dan raihan yg juga sedang menghitung hari waktu tu utk blk malaysia.so far majlis berjln lancar dgn bantuan cik mira..hihi.thanks to mira bg jaket cantik kt nuha.so cute! Thanks to all yg dtg on that day.Sib baik ada adik2 undergrade yg tlg memeriahkn majlis.Jazakallah...

 
antara hadiah yan:g nuha dapat:dr kakak2 comel manor waye:fatin,wieda dan izni
Ucapan utk nuha dr penghuni manor waye..hehehe


Ini pun hadiah dr akak2 manor waye:)thanks..comel..2 tahun boleh pakai dah nanti:)
ini lah kakak mira:P

Kakak mira dan adam

antara yang hadir:danish ada lagi waktu ni:)




Kek saya buat ni tau..hehe

Hadiah dr uncle saiful.thanks uncle!
Nuha potong kek..haha


Birthday Girl!
Uncle hadi kat seblah abah tu
Alya n ainul
Besday cake nuha n mira:)

SELAMAT MALAM SAYANG:-)

Dah lama sgt tak update blog ni.Dah bersawang dah.Blog ni pun dh nk dkt setahun umur dia seiring masa km smpai Uk dulu.

Ha lg 2 hari cukup la setahun km di sini:-).Banyak sebenarnya cerita nk kongsi dlm blog ni, cuma tak sempat mk menulis je.Ha jgn tak tahu sekarang ni busy ngalahkan menteri.Jgn kata sy dok malaysia tak keja, mai sini pun goyang kaki.Hehe, nnti rajin2 la jengok blog:onlinelondonshop.blogspot.co.uk:-)

Umur nuha pun dah setahun sebulan., dah pndai jalan sejak umur setahun 2 minggu.Lega hati..dulu waktu mula2 sampai Uk, celik mata pun belum.huhu.6 bulan  setengah baru boleh meniarap.8 bulan merangkak, tp time merangkak tu dah sakan pnjt sana sini.Nuha nuha
..terikut abang dia.10 bulan dah meniti sikit  akhirnya setahun 2 minggu jln.yeay! Cuma nmpk berat mulut sikit.setakat abah mams boleh..hihi.ye la budak setahun nk expect ckp mcm bertih goreng ker..kuang3x...Tp so far puas ht tgk perkembangan nuha..dh pndai terima arahan:-)
Ok dah lenguh taip.nnti kita sambung entri tertunggak lg ye:-P

Sunday, October 14, 2012

Kunjungan Orang Jauh...13-14 Oct 2012

Dr kiri,Fathullah,Dr Khairul,Zura(Wife Dr Khairul),Has(Master student),Adam ,Yatie dan Nuha


Tetamu dr Loughborough dan Southhampton
Dr kiri:Fifi dan suami,Pot Aleesya,Adam,Tini,Yati dan Nuha serta Fathullah

Aksi berani adam..hehe

Thursday, June 21, 2012

Sakit??

Sedetik Allah tarik nikmat kesihatan terhadap hambanya,kita dah mula mengeluh.Ya Allah..sesungguhnya sakit tu merupakan penawar utk menghapuskan dosa2 dosaku selama ini.Kenapa tiba2 entri kali ni saya tulis ayat mcm ni?Sebabnya baru2 ni saya demam teruk.

Kisahnya bepuasa rmula Isnin lepas,iatui yg pu har pd 11 June yang lalu.Siang hari tu saya berpuasa.Selepas berpuasa lebih kurang 20 jam,malam tu lepas buka puasa  ja saya rasa seram sejuk.Saya cepat2 solat isya bila dah masuk waktu sbb nak terus tido.Dah tak tahan badan,rasa menggigil2.Padahal waktu tu kami ada tetamu,diaorang baru balik dr Pari,saya dah tak mampu nak layan tetamu malam tu.Terus tidor....Makan ubat dan terus tidor.

Esoknya bangun suboh kepala terasa berat,sah aku masih demam.Kebetulan pg tu tetamu kami dah nak balik Ke Malaysia.Diaorang bgtau nak keluar rumah pukul 7 pg..Saya pun dalam kedaan masih lemah ajak suami turun tunggu tetamu kami kat bawah.Saya nak jumpa diaorang kali terakhir sblm diaorang naik flight.Tapi waktu tu dah terasa amat lemah badan ni.Last2 saya tak tahan,naik semula ke atas..nak baring dan makan panadol lagi.Selepas terlelap dlm sejam..saya terbangun...Hurm rasa lebih sihat!Rupanya pg tu hujan dan husband saya offer tetamu kami utk hantar ke tube station sbb hujan...ye la kesian dioarang sbb ada baby.Saya cepat2 turun ke bawah nak salam dgn Rahayu utk kali terakhir sblm dia balik ke Malaysia.

Selepas tu bermula la episod demam saya.Mmmg saya rasa sihat dah..dah mula buat keja rumah.Husband saya pun pegi ofis mcm basa.Tapi tiba2 start tengahari saya rasa sejuk yg teramat2,menggiil badan...dan waktu tu tak mampu nak buat apa dah melainkan berselimut....Waktu tu saya terus call husband saya suruh balik..Saya dah tak mampu nak jaga anak2 dan buat keja rumah...nanigs2 saya sbb tak terlayan Adam dan Nuha yg asyik nak susu...

Bermula hari tu suami saya la yg jadi Mr mama.Dia sediakan ubat saya,tlg jelum kepala...tlg masak,jaga anak..pendek kata,saya mmg terhutang budi dgn suami saya.Saya sgt2 terhutang budi dgn suami saya.Kalau tanpa dia,saya tak tahu apa akan jd pd anak2 saya yg dua orang tu.Pd waktu ni baru terfikir...isteri kalau sakit,rumahtangga akan jadi sedikit kucar kacir..ye la...sebelum ni tugas2 jaga anak,,masak..nak jaga org sakit lagi..bukan biasa dilakukan oleh sang suami dalam satu masa..Bg saya,kalau suami yg sakit...keadaan rumahtangga masih ok sbb si isteri dah biasa uruskan banyak benda dalam satu masa..Tp apa pun,saya berterima kasih yg tak terhingga pd suami tercinta sbb sanggup bersengkang mata menjaga saya ketika saya sakit..Walaupun rumah tunggang langgang jadinya...tp dia dah cuba yg termam..kalau tanpa dia,lagi teruk jadinya....

Masih terbayang,wajah bersih suami saya dok teman saya sepanjang pg dan malam,tlg bg makan ubat,jelum,saya nak makan,dan2 tu dia pi masak...terima ksih sayang atas segala perhatian.Selama 3 hari jugak la suami saya tak ke ofis kerana menjaga saya.

Asalnya saya taknak ke klinik..paham2la Klinik kat Uk ni mcm mana.Kalau demam,bercinta la nak ke Klinik.Sakit hati lg ada la...Memang kena bersedia dgn paracetamol ja kalau demam.Waktu2 getir mcm tu,tetiba teringat Malaysia..hurm..kalau demam,waktu mana pun,snenag jer..pi klinik..dpt ubat..kalau kat sini,nk dpt ubat pun susah.Syukurlah sbb anak2 tak demam sama..kalau tak,saya lagi susah hati,saya selau berdoa kami sentiasa sihat sepanjang berada di negara orang.

Demam saya nampak gayanya memang tak akan kebah..Hari ketiga demam masih mcm tu..kadang badan panas berapi..kadang2 sejuk menggeletar...akhirnya hari rabu13 June saya ajak jugak husband saya ke bahagian emergency Hillingdon Hospital sbb saya dah mula rasa tak selesa..saya masih boleh bertahan dgn demam..tp perut saya dah mula rasa tak selesa sbb saya tak lalu makan sgt2 dan perut memang sesungguhnya kosong...saya langsung takde tenaga....baby asyik nak menyusu..sedangkan saya tak makan apa2...bau makanan pun rasa nak muntah.Kadang2 terpikir jugak...saya ni pregnant ker?tapi bila pikir balik...takkan kot..period tak betul pun..` dah demam tak lega2 dan  teruk dr biasa saya mula terpikir...adakah sudah sampai masanya?Saya akan mati?ya...memang setiap yg hidup akan mati...tp dah sampai kah masa saya?kadang2 takut memikirkan..huhuhu...

Akhirnya hari rabu..iatu hari ke tiga saya demam..saya dapat tau jawapanya.Rupanya demam saya tak kebah2 sbb saya demam disebakan chest infection.Patut la...Tp mmg dok UK ni bab ubat2 ni tak best la...Dah dpt jumpa Dr tp ubat pulak masalahnya...Kena tunggu esok pagi tu pulak baru boleh dpt ubat..Padahal aku ni dah mcm nak mati...lemah sgt2 dah...jalan pun dah terhuyung hayang..tak dak tenaga sbb tak makan....suhu badan mencecah 40 degree dah..kalau kat Malsyia saya rasa dah kena taha ward..Tp kat sini selagi kau bleh jalan...dok la rumah.huhuhu...Bukan la aku nak sgt msuk ward..tp waktu saya dah tak larat sgt....Pikir kalau masuk ward pun ok...nk rehat..hihih..satu lagi saya perasan kaha say ada darah...Mungkin sbb tu jugak kot..batuk saya tak hilang2 berbulan2 lamanya dan ada darah pulak tu..huhuh,tp waktu pi jumpa Dr tak perasan lg pasal darah tu,last2 simpan dlm hati jer...nk tanya sapa pun taktau.

Esoknya baru sy dapat makan antibiotik...ingatkan dah lega..So saya dah bangun buat keja rumah dan suruh husband pegi keja...Rupanya tengahri dalam pukul 12 badan sejuk semula..mengigil2...Saya sekali lagi telefon suami minta dia balik...saya tak boleh dah nak uruskan anak2.kesian diaorang..makan kemana...nuha asyik bergantung dgn susu..adam pun makan sekali jer sehari ..sampai perut dia masuk angin....Kepala masih pening,mulut pahit,badan sakit2..badan kejap panas kejap sejuk....Mesti orang ingat apa la saya ni dok cerita  pengalaman demam..orang lain pun biasa demam...Ha..bukan apa..bila saya ingat balik...ni la pengalaman demam plg terok dalam sejarah hidup saya..tambah2 bila jauh dr kg halaman....Saya mmg ingat mati je time tu...Demam saya mmg teruk sgt.Allah uji kami sebegini..Suami saya tak dpt pi ofs dia...jaga saya....waktu tu kat rumah kami ada tetamu...taktahu la..kesian juga dia...makan tak tentu.....makan pg jadi lunch.....yg dinner jadi supper....semua jd kelam kabut....Tapi terima kasih sekali lagi pada suami yg urusan segala2 nya..I love u so much...nampak dia tenang dan sabar lyn saya..dan betapa sayangnya dia pd saya..hehehe....

Kuasa Allah mengatasi segalanya..Alhamdulillah..setelah  makan antibiotik yg ke dua..saya dah mula ok walaupun selera makan masih tiada...menjelang malam hari Khamis malam jumaat...saya dah mula boleh bangun dan buat kerja rumah...Syukur kepada Allah beri saya kesembuhan dan kekuatan utk hadapi semua ini...Saya harap peristiwa seumpama ini tak akan teradi lagi...tambahan kpd anak2 dan suami...Lagi kesian kalau anak2 yg demam...Lagi teruk kalau suami yg sakit...ye la...nak beli stok makan..nak pi sana sini semua bergantung pd suami

Ya Allah..sesunggunguhnya sakit itu penawar utk menghapuskan dosa2 kami dn peringatan kpd kami bahawa Kau maha berkuasa menjadikan yg Sukar itu senang dan yang Senang itu menjadi sesuatu yg sukar..Syukur Ya Allah kau msih beriku masa utk bernafas di atas muka bumi ini..Mudah2an kami menjadi hamba yang bersyukur....ameen...


Friday, June 8, 2012

Happy 3rd birthday Adam!




Assalamualaikum....

Dah lama blog ni bersawang...bukan apa...saya betul2 busy dgn biz..hehehe...biz?nak tahu ker biz apa?tunggu na...sekarang ni nak cerita pasal sambutan hari lahir anak pertama saya dulu.Dah nak masuk 2 bulan dah kenduri Adam ni...baru berkesempatan nak update.ttakpe la ek...janji ada cite pasal dia...

28 April 2012..genaplah umur permata hati saya,Muhammad Adam3 tahun!Selama ni kami mmg tak pernah buat majlis pun nk sambut besday dia.Cuma dulu kalau buatpun sekadar jamu adik beradik dan keluarga..heheh..ok apa..kenduri juga tu kan..kali ni saya yg cadangkan pd suami supaya kami buat kenduri kecil jemput kawan2 sekitar Uxbridge ni.Lagipun nak tunaikan janji sbb sewaktu sampai di UK bulan 12 2011 hari tu,suami saya mmg nak buat makan2 jemput2 kwn2..tp kali ni baru berkesempatan...Ok ni lah gambar2 sekitar majlis pd hari tersebut..saksikan....

kek besday adam dibuat special oleh mama..huhu bersengkang mata nak buat kek ni.

harijadi tanpa kek umpama pokok tanpa buah..hahaha

sebelum majlis mula

menu utama hari tu:nasi ayam...Alhamdulillah..semua kata sedap..terima kasih pd  tuan punya resipi..minta maaf..saya lupa link blog dia dr mana..tp kalau nak,saya boleh bagi resipi sb saya dah salin dalam buku:)

Birthday bo2 yang happy:)

antara juadah lain:anggur

cupcake tesco mari..hehehe

agar2 laici..ha ni faveret 1 tau...izu pun suke giler ngan agar2 ni...


sebelum majlis mula..dk tunggu mama adam turun ni..hai lambat tu na...

uncle saiful dan anak daranya:)

adam teruja dpt hadiah buku dr uncle hadi dan auntie mira..jenuhla mira melayan dia..heheh

bapa mithali ni...suap nasi kat anak dara dara dia..come sarah:)

uncle din tgh interview nabila..ade pakwe dah ke?hahaha

faiq dgn ain...

uncle hadi dan incle Norshan...

adam tgh cerita kat faiq:)

sekelompok tetamu wanita..terpaksa dok dalam bilik tidur..pecah tradisi sikit la no..mafla mak na..rumah kat sini sempit..kalau kenduri terpaksa makan dalam bilik tidur..hahaha

ni pula kat ruang tamu...tetamu sedang borak2 senang hati

hurm..kek besday menunggu utk dipotong

Selamat hari jadi adam..semoga jadi anak soleh sayang:)

Cheese sarah!

ni geng2 anak dara pulak:P

)
Ain tgh sarat..dalam kenangan...(dah balik pun malaysia..huhuh

ni lagi anak2 dara...

byron dan hafizan

antara tetamu akhir:)

ni pulak tetamu2 akhir wanita:)


bila adam jumpa awek2 pujaan dia.....:D

model Brunel Univ:)

kad dr uncle hadi dan auntie mira

being 3 rock!hahah

siap ada barcode..

antara hadiah ygadam dapat..taktau sapa bg..uncle saiful kot..thanks uncle

ni pulak abah bagi...adam suka sungguh sampai dakap tidur



kad dr sarah:) sweetnya...thanks sarah:D

adam dpt lego...hurm rasanya auntie raihan yg kasi..thanks auntie:)

kereta..iris kasi..thanks iris