Wednesday, December 5, 2012

Happy 1st Anniversary(1 Dec 2011-1 Dec 2012)

Assalamualaikum....

Tajuk tu dah bikin salah anggap dah.Hehe sebenarnya anniversary kitaorang sempena setahun di Uk.Semlm cdg nk tulis blog ni tp tak sempat.Sekarang baru berkesempatan bila anak2 dan suami dah tidur..aman la sikit kan.

Sepanjang setahun di sini, macam 2 suka duka kami lalui.Ada pengalaman buruk, pengalaman manis...semua tu mengajar kami erti kehidupan sebenar.Tambahan pulak sekarang ni duduk di perantauan, jauh dr keluarga.Automatik menjadikan kami lebih berdikari.Kalau dulu teringin nk mkn 'tepung tlm'order ja kt mak..Tp la ni kn la buat sendiri ya.Dulu tak terror masak, la ni dah pndai.haha bukan puji diri sendiri...tp perasan la kot.kikiki

Bermula jejak kaki di Uk pd ketika Nuha berumur 43 hari.Pengalaman agak kureng best awalnya tp alhamdulillah, berkat kesabaran km berjaya harungi semua dgn izin Allah taala.Dalam tempoh setahun di sini, macam- macam cerita suka duka sampai ke pengetahuan kami.Bermula dgn berita pemergian Arwah Pak Cik Rahim, iaitu bapa saudara...seolah-olah masih terasa beliau masih hidup sebab terasa mcm mimpi mengenangkan kali terakhir berjumpa arwah ketika di airport waktu mengiringi pemergian kami ke sini.Kemudian berita sepupu kami; abang mi yg juga meninggal dunia sebulan selepas kami berhijrah ke UK.Mcm mimipi sebab sblm dtg sini, ada berjumpa arwah...tp apakan daya Allah maha memgetahui.

Menyusul pula cerita ttg pemergian adik ipar paksu...Izzah.Masih ingat lagi waktu saya sekolah rendah, saya agak rapat dgn arwah kerana arwah selalu mengikut kakaknya(maksu) ke rumah wan saya.Kami selalu main batu tujuh.Ada juga yg sebut batu seremban.Selalunya kami main bertiga,dgn sorang lg sepupu saya iaitu Suraya.Namun, Allah lebih menyayanginya..Tanggal 2 Ramadhan yang lalu, arwah dijemput kembali kpdNYA..Khabarnya arwah Demam panas disebabkn virus dr kencing tikus.Wallahua' lam..Peristiwa tu berlaku sgt pntas..sedar2 dia dah takde.Terkedu seketika kerana mengenangkn arwah adalah anak bongsu dalam keluarga.Waktu tu rasa insaf dan baru tersedar muda buka jaminan yang kita akan hidup lebih lama.Sakit itu hanyalah penyebab kpd sesuatu kematian.Allah maha mengetahui segala galanya.

Kemudian dtg pula berita ttg anak sepupu saya , Awanis terlibat dlm kemalangan .Khabarnya berlanggar dgn lori  gas dan waktu tu dia sedang menunggang motosikal dalam perjalanan nak pergi ke kedai membeli barang keperluan rumah.Sejak dari hari itu beliau hanya terlantar di atas katil tak mampu berdiri apatah lagi berjalan dan menguruskan diri.Tak dpt dibayangkan perasaan Awanis di kala ini,umurnya masih muda,masih belajar di UitM, namun Allah uji dia dgn ujian begitu.Saya tahu begitu perit utk lalui semua tu kerana Awanis dan keluarganya juga terlebih dulu diuji dgn berita pemergian ibu tercinta.Bertimpa-timpa ujian Allah utk mereka,namun mereka redha..AllahuAkbar..sampai sekarang saya rasa sayu dgn Awanis..masih anak dara tp Allah uji dgn sakit begitu..Mudah-mudahan beliau tabah dan dpt bangun kembali demi meneruskan perjuangan hidup.

Sepanjang setahun ni apa berita baik pulak ye.Hehe..2 minggu lepas dpt berita sepupu saya, Suraya selamat bersalin anak perempuan.Tahniah Su!Moga dapat jaga anak tu dgn baik dan dpt pindh ke semenanjung ya
Untuk pengetahuan, su ni ngajar kt Serawak, sama dgn hubby dia.InsyaAllah harap2 tak lama lagi dapat tukar ye.

Sepanjang setahun di UK ni,byk jugak la tempat km pergi jalan-jalan.Antaranya pergi Europe dr 1 April hingga 8 April 2012.Kemudian trip memborong di Port Meirian waktu bank holiday 2 May 2012 dan clearance sale  17 Nov 2012 yang lalu.Hehe Port meirion ni kilangnya di Stoke on Trent.Nanti saya cite ye dlm entri akn dtg.Kemudian bercuti dgn pakej holiday in the sun di Isle of Wight pd 6-9 Julai 2012.Sekali lg holiday in the sun pd 28 Sept- 1 Oct 2012 di Cornwall bersama family rakan kamii; izu dan hisham serta anak2.Kemudian,.fruit picking dgn uxbridge family  seminggu sblm puasa...sebelum tu trip to Birm bersama family eijah+Shan, saiful+mimi, hadi utk melawat kak nadia dpt baby baru.

Banyak lagi kalau nk senaraikan.Hehe..takpe nnti sy akan cerita dlm entri akn dtg ttg percutian2 tu.Mcm2 kisah suka duka yg berlaku.Yang plg terkesan di hati kami ialah petistiwa kehilangan Adam, anak sulung saya.Saya hampir putus asa dan mcm org tak betul waktu tu.Kejadian tu berlaku sehari sebelum raya di Hayes town centre.Waktu tu mcm-macam teringat.Apa nk jwb dgn saudara mara saya,.Apa nasib saya kalau betul Adam tak dijumpai.Saya menangis sesungguh hati tanpa hiraukan orang yang lalu lalang di hadapan saya.Tapi satu perkara saya belajar waktu tu,sikap orang UK tak kira bangsa memang sgt bagus.Setiap yg lalu dkt dgn saya waktu tu cuba beri bantuan.Ada yg cuba pujuk saya, ada yg cuba bagi direction di mana anak saya.Ada org kulit hitam, ada mat saleh dan ada juga india dan juga org arab.Semua baik hati.Mereka cuba meyakinkan saya yang anak saya akan dijumpai semula.Dalam masa yg sama mereka risaukan saya kerana dah mcm org tak betul.Ya Allah..betul saya rasa mcm hilang arah tuju waktu tu.Namum Allah maha Kaya, DIA uji saya sekejap saja...dlm tempoh sejam DIA pulangkan anak saya semula.Sujud syukur saya pd Allah kerana memakbulkan doa saya.Saat nmpk anak saya didukung oleh suami saya dr jauh, hati benar2 lega.Saya terus peluk cium anak saya, Adam.Tak sanggup rasanya berpisah dengannya lagi.

Peristiwa tersebut betul2 buat saya phobia nk pergi ke kedai 99 p lagi sbb kejadian tu bermula di situ.Tp satu yg sgt saya puji ialah Tindakan Polis Uk yg sgt efficient.Kalau di Malaysia, anak hilang terpaksa tunggu kalau tak silap 24 atau 48 jam utk report kpd polis.Tp di sini, baru hilang 5 minit, mmg diaorang suruh report je polis.Memang sgt efficient.Arahan diberi setiap sudut.Dalam setengah jam dah tau lokasi anak saya.Ada logiknya kalau sedar-sedar hilang je kena terus lapor pada polis,harapan nk jumpa balik tu ada.Tp kalau dah sehari atau 2 hari dah hilang baru report, susahlah nk jejak..silap dan diseludup ke negara jiran.Nauzubillah.Tapi insyaAllah kejadian umpama tu kalau di UK masih boleh jumpa balik anak yg hilang, tapi tidak utk negara eEurope yg lain kerana kadar jenayah yg terlalu tinggi.Aku bersykur pdmu ya Allah..masih beri ruang utk bersama anak- anak ku.

Oh ada lg satu berita kurang best..mohon doa dr semua.Supervisor suami saya sekarang tgh berada di ICU.Kabarnya terkena serangan jantung.Lebih 2 minggu beliau di ICU tak sedarkan diri.Dan hari ini 7 Dec,dapat berita mengejutkan yang Beliau telah meninggal dunia.Satu persatu ujian Allah datangkan pada kami.Yang paling terasa ialah suami saya.Apakah nasib PHD dia setelah kehilangan penunjuk arah...Moga-moga Allah beri kemudahan utk suami saya menyempurnakan PHD nya secepat mungkin di UK ni.Saya pun taknak duduk lama-lama kat sini..huhu

As for now,dah winter kembali.Dulu waktu datang winter sekarang pun winter.Cuma dulu waktu kami sampai cuaca tu biasa-biasa je.Boleh tahan la sejuk tu.Tapi Tahun ni punya winter memang mencabar,Pagi-pagi asyik beku je,ingatkan nak snow dah.Hehehe..Kita tunggu dan lihat ke bila snow ye.Harap-harap dapat main snow lagi tahun ni,InsyaAllah walaupun rimas kalau cuaca sejuk sangat.

Semoga kami lebih tabah hadapi hari mendatang dan Allah memberikan kemudahan untuk kami meneruskan perjuangan hidup di bumi asing ini,InsyaAllah.

(p/s:Blog ni saya tulis pd 2 hb..hehehe...)