Saturday, December 14, 2013

Dah 6 tahun bersama:)..Happy birthday Dear Mr Hubby:)

Assalamualaikum..Waktu jari menaip catatan ni,dah masuk 15 Dec,Tapi masih dalam mood ulangtahun perkahwinan kami yang ke 6.Sebab apa saya kata begitu?Sbb 14 Dec 2007 saya dan Suami,Fathullah selamat diijabkabulkan.15 Dec 2007 Majlis kenduri sebelah rumah saya dan esoknya 16 Dec 2007 pulak majlis perkahwinan kami di sebelah rumah Encik Suami.Selamat Ulangtahun perkahwinan ke 6 utk saya dan suami,hehe dan juga Selamat Hari Lahir buat Suamiku Fathullah Ghazali,tarikh sama dgn tarikh pernikahan,kalau tak ingat,memang cari nahas.hehe.

Syukur Ya Allah atas nikmat kurnia yang engkau beri kepada kami sepanjang tempoh kami bersama.Segala pahit manis kehidupan,dan susah senang kami harungi bersama.Selama 6 tahun kami berkongsi susah senang,dan dikurniakan 2 orang cahaya mata yang comel,Adam dan Nuha.Semoga anak-anak mama dan abah membesar menjadi Orang yang berguna yang dapat berbakti utk Agama secara khusus dan kpd manusia sejagat secara amnya. .

Saya merajinkan jugak diri hari ni buat kek sempena hari Istimewa kami.Tapi sayangnya Suami diuji sedikit dgn kesihatan yang tidak memberansangkan..Syafakallah...harap-harap esok sembuh sepenuhnya ya ...

penuh buah atas kek sbb n tutup bahagian atas kek yg kekurangan krim..hihi..
Red Velvet + cream cheese Topping+ kiwi+ starwberry



Wednesday, August 28, 2013

Perpindahan buat kali keduanya...

Alhamdulillah syukur kepada Ilahi kerana diberi nikmat untuk masih lagi bernafas di bumi NYA...

Tanggal 7hb September 2013 (10 hari dari sekarang), kami akan berpindah buat kali keduanya..
Jika perpindahan kali pertama dulu disebabkan keadaan rumah yang sangat teruk dan tidak sihat untuk didiami, kali ini perkara lain pula terjadi.
Sepanjang 6 bulan pertama kami mendiami rumah di Ferndale Crescent ni, semuanya serba seronok (kecuali sewa rumah yang sangat mahal, £1350/month), namun 6 bulan keduanya baru kami nampak belang jiran2 di sini. Ada sebilangan jiran di sini yang kurang senang dengan kami, mungkin kami ni bising2, ya lah anak2.. biasa la kan.. kadang2 tu kejadian kecil macam kes troli tesco pun diketuk rumah kami nak diugut polis or council.. kami dah lali dengan amaran2.. sampai ke peringkat lantaklah diorang.. tapi dalam hari kami pun rimas hahaha..

Jadi kami buat keputusan, abis setahun kontrak sewa rumah di Ferndale Crescent, kami tak mahu sambung lagi. 3 hari penat mencari.. akhirnya ketemu dengan 2 buah unit properties. 1 property di St John's Road, dekat Uxbridge. Satu lagi di Yiewsley melalui carian Gumtree.com (macam mudah.my kalau di Malaysia). Lepas viewing rumah, kami nilai kelebihan dan kekurangan rumah masing, kami bersepakat untuk menyewa rumah di Yiewsley.
 
Rumah sewa pertama, Bridge Road


Rumah sewa kedua, Ferndale Crescent



Rumah Sewa Baru (Flat 2 bilik je) di Yiewsley
Rumah Sewa ke 3, (Flat 2 bilik je) di Yiewsley


Berharap semoga Allah membantu kami hidup di sini, dan semoga Allah permudahkan pengajian aku di sini..

Thursday, July 11, 2013

Our Memorable Trip to Cornwall 28th Sept-1 Oct 2012

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama..boh gambar saja..sekarang ni baru saya nk cerita..Hehe..maafla..sbb kessibukan melanda.Memang kadang2 malas nk berblogging...orang buat blog ni tak busy baru boleh update sokmo..

Ok tantang trip ke Cornwall ni sebenarnya bermula dr Holiday in The Sun.Saya rasa ramai yang duduk di Uk mcm kami ni tak tahu.Surat Khabar The Sun,tiap2 tahun dan tiap2 musim kecuali winter anjurkan percutian caravan yang murah dan mampu dibooking oleh semua orang.Utk sring dan autumn satu kepala cuma perlu bayar 9.50 poung sterling.Manakala utk waktu summer harganya ialah GBP 15 per head.Walau bagaimana pun ia masih murah dibanding kalau anda booking caravan tanpa offer holiday in teh sun ini.:)
Caranya:anda hanya perlu kumpul jumlah token yang diperlukan dan setel kumpul oken,makan isi lah borang dan pilihlah destinasi yang anda ingin pergi beserta tarikh.tunggu dalam 2-3 minggu selepas anda pos borang,kemudian,anda akan tahu haslnya yang selalaunya tidak mengecewakan:).Bestkan??

Percutian kali ini,kami bersama2 out best friend Ishamizu and their family.Pejalanan bermula agak lambat,Sekitar pukul 4 ptg baru bertolak dr Uxbridge ke Cornwall yang mengambil masa 8-10 jam utk sampai ke destinasi.Fuh....memang jauh..umpama kedah ke kelantan...Tapi pemandangan sepanjang perjalanan sgt 2 memukauSubhanallah yang menjadikan bumi ini terlalu sempurna kecantikannya utk dinikmati.

Biar gambar di wah in berbicara tentang apa yg kami lakukan sepanjang percutian ini:)



Nuha dah terbabas ..lama sgt tunggu tayar bergolek...nuha waktu ni 11 bulan:)

Perjalan n hari pertama di Cornwal..elok kuar ja dr kaw caravan..nampak car boot..alahai..layan carboot la dulu..huhu

Ada seorang penduduk di sini (Cornwall) yang offer ambil gambar kami:)

hasil tangkapan adam:)

Selepas car boot,perjalalan di teruskan ke minarck thethre...

Masya Allah..jalannya sgt sempit..hoho..kalau saya yang bawa,sure surrender kt tgh2 jalan..

Ok..dah sampai minarck Theathre...apa minarck thethre ni ye?..ok scroll lg ke bawah:)

cantiknya..nak kata bunga pon tak..daun pon tak..tp mcm bunga..Subhanallah..

Ok ini lah Minarck Theathre..salah satu tempat wajib dtg kalau pergi Cornwall..pentas yang bertingkat2...dan dikelilingi laut..sangat cantik dan mengujakan















Dahla..banyak lg gambar2...tp balik2 gambar yang sama..hihi//Destinasi seterusnya ialah Lands end..Iaitu juga merupakan tempat yang wajib dikunjungi sekiranya anda datang ke Corn wall.IaMerupana penghujung daratan Uk.Kalau kat Malaysia...macam Tip Of Borneo di Kudat.So sapa..dah sampai sini..kira hebat la kan...hujung Uk dan cecah..hehe

kita sambung next entri ye...nk sahur dah...


Sunday, March 31, 2013

Weekend 31st Mac 2013..beraktiviti bersama chenta hati :)

Assalamualaikum..

Lama ya tk menulis..Memg dah berangan lama nk mencoret sesuatu dlm blog ni.Walaupun org tk tgk takpe..yg penting,utk tatapan sendiri ..boleh cerita kt ank cucu..hehe...

Ok lah..bkn nk cerita apa pon..tp memandangkan cuti sekolah dah start,so dok pikir nk pi jln mn.Kami memang jarang dpt peluang gi jln2..sbb selalu je ada tetamu kt rumah.So bkn slh tetamu pon..tp mmg kami yg bt servis bnb...Tp taknk pegi jauh 2..cukup la yg boleh isi masa terluang pd hr cuti dgn anak2..Asal nk nk gi Ruislip sbb khabarnya kt sana ada satu pntai buatan.Sesuai sgt bw anak jln2,tp cuaca agak sejuk,so tukar plan.Dan mengikut kata Cikgu Adam kt nursery,minggu ni Hillingdon Sport Complex bg free entrance sapa 2 yg nk guna tempat tu.So kitaorg tak lepas peluang tu.

Ramai jg org dtg sbb dah free kan.Lg pula,hari ni 1st Easter day..belum kaji betul2 apa maksud Easter..yang saya tahu..ia ada kaitan dgn Christianity la.So pedulikan diaorg nk sambut Easter,yg penting,org bg cuti..km enjoy!.hihi.

Ok sepanjang kt Sport Complex tu,saya sempat snap beberapa keping gmbr....Mula dgn swimming..hihi.So adam agak excited sbb dpt pakai suit.sblm ni mandi pool bogel je..hehe

Lepas mandi kt swimming pool,bawa adam n nuha main bouncing castle..Mak aih..mak budak pon ada main sekali..kot teman anak je tkpe
.Tp siap pnjt n meluncur ngan anak.Haha.Takpe..yg penting enjoy!

Last sekali end up dgn tangisan adam.huhu..nmpk dia penat sgt.Asalnya dia bgtau lapar..pastu cr abah die.Waktu tu abah dia kuar jap tmbh duit parking sbb ingt nk stay lg nk bt face painting.Tp lain yg jd rupanya..meraung2 dia..Adik nuha pon sama..start nangis nak susu.

.Adus..takleh tahan dah ni.So,kitaorang pon decide balik terus.Adam n Nuha pon nmpknya puas main n letih sgt.Blk rumah je,bg depa susu..dua2 terlena sampai lewat petang..:)