Wednesday, August 28, 2013

Perpindahan buat kali keduanya...

Alhamdulillah syukur kepada Ilahi kerana diberi nikmat untuk masih lagi bernafas di bumi NYA...

Tanggal 7hb September 2013 (10 hari dari sekarang), kami akan berpindah buat kali keduanya..
Jika perpindahan kali pertama dulu disebabkan keadaan rumah yang sangat teruk dan tidak sihat untuk didiami, kali ini perkara lain pula terjadi.
Sepanjang 6 bulan pertama kami mendiami rumah di Ferndale Crescent ni, semuanya serba seronok (kecuali sewa rumah yang sangat mahal, £1350/month), namun 6 bulan keduanya baru kami nampak belang jiran2 di sini. Ada sebilangan jiran di sini yang kurang senang dengan kami, mungkin kami ni bising2, ya lah anak2.. biasa la kan.. kadang2 tu kejadian kecil macam kes troli tesco pun diketuk rumah kami nak diugut polis or council.. kami dah lali dengan amaran2.. sampai ke peringkat lantaklah diorang.. tapi dalam hari kami pun rimas hahaha..

Jadi kami buat keputusan, abis setahun kontrak sewa rumah di Ferndale Crescent, kami tak mahu sambung lagi. 3 hari penat mencari.. akhirnya ketemu dengan 2 buah unit properties. 1 property di St John's Road, dekat Uxbridge. Satu lagi di Yiewsley melalui carian Gumtree.com (macam mudah.my kalau di Malaysia). Lepas viewing rumah, kami nilai kelebihan dan kekurangan rumah masing, kami bersepakat untuk menyewa rumah di Yiewsley.
 
Rumah sewa pertama, Bridge Road


Rumah sewa kedua, Ferndale Crescent



Rumah Sewa Baru (Flat 2 bilik je) di Yiewsley
Rumah Sewa ke 3, (Flat 2 bilik je) di Yiewsley


Berharap semoga Allah membantu kami hidup di sini, dan semoga Allah permudahkan pengajian aku di sini..