Thursday, February 23, 2012

Cotton Soft Japanese Cheese Cake


Kek ni sebenarnya buat utk bawa ke rumah kawan saya,Izu sempena Majlis Bacaan Yassin rumah dia 18 Feb 2012 yg lalu...Ambik dr blog Shima...diaorg mkn ckp sedap!thanks Shima,resipi u mmg marbeles la!

Ni dia Resipi kek ni...cik Izu suka benor makan ni...so salin na..jgn tak salin..:

CottonSoft Japanese Cheese Cake

Bahan A:

250gm Cream Cheese
50 gm butter
100ml Fresh Milk
6 biji Kuning Telor
1 Sdb Jus Lemon
1/4sdk garam
60gm tepung kek
20gm tepung jagung

Bahan B:

140gm gula (granulated)
6 biji putih telur
1/4 sudu teh tartar krim atau 3/4sdk jus lemon

Cara-cara:

1) Cairkan Cream Cheese,butter dan susu dgn kaedah duble boiler.
2)Bila dah cair,sejukkan adunan cream cheese tadi.
3)Kemudian,campurkan tepung kek,tepung jagung,kuning telur,garam dan jus lemon ke dalam adunan cream cheese tadi dan gaul hingga sebati.
4)Dalam bekas lain,pukul putih telor bersama tartar krim sampai berbuih(foamy).
5)Selepas itu,tambahkan gula dan pukul lagi sehingga stiff(bertanduk) atau soft peak.
6)Campurkan adunan bahan A ke dalam adunan bahan B yang dah gebu tu dan kacau sampai sebati.
7) Sediakan tin/bekas kek yang bulat berukuran 8 inci yang telahdigriskan bawahnya dan tepinya disalut dgn kertas baking.Tuang adunan kek kedalam tin.
8)Bakar kek dalam sejam dgn cara bain marie(waterbath) pada suhu 160 darjah celcius/325 degree F

No comments:

Post a Comment