Monday, January 23, 2012

Chinese New Year Celebration 2012

Tarikh:22 dan 23 Januari 2012@Brunnel,Uxbridge

Assalamualaikum....
Hari ni merupakan Hari Raya Cina.Gong Xi Fa Chai saya ucapkan kepada kawan2 yang
berbangsa Cina tak kira dimana saja mereka berada.
Hari ni juga kat Brunnel Universiti ada buat program utk celebrate CNY.Program ni
dapat sponsor dr kedutaan M'sia di London.Jadi peluang yang ada ni,dimanfaatkan
sebaik2nya oleh kami untuk mempromosikan M'sia di samping sama-sama merayakan
CNY bersama rakan-rakan yang berbangsa Cina.
Kami bersepakat memasak beberapa jenis makanan utk diberi kpd tetamu yg berkunjung ke
program tersebut.Since suami saya,Fathullah satu office dengan Thian, maka tugas prepare
makanan tu kami diamanahkan utk handle.Tapi bukan semua la...masing-masing team kena
prepare serba sedikit.Setelah suami saya berbincang dgn Tian(Chinese Malaysian -most
popular student),kami bersetuju nak masak 3 jenis makanan;nasi himpit,karipap dan cekodok
pisang.
Preparation nak buat makanan tu bermula dr hari Sabtu 21 Januari 2012(beli barang)then,
22 Januari pulak kitaorang start masak,23 Januari 2012 event start kat Brunnel Univ.
Walaupun saya tak studi kat Brunnel,tp saya tetap bantu adik-adik undergraaduate ni
sediakan makanan.Terima kasih yang tak terhingga kpd Wida,Fatin,Izni dan Iza dan Wani
yang bertungkus lumus buat karipap,cekodok dan nasi himpit.Tak dapat bayangkan punyala
lama nak prepare buat inti karipap..start masak inti dr pukul 4ptg sampai pukul 6 lebih baru
inti masak dan lepas tu berhempas pulak kitaorang kelim karipap..hehehe naik lenguh belakang
dah sbb asyik kacau inti kariap dalam kuali.Akhirnya pukul 10 Malam siap la karipap kami.
Hm,banyak jugak dapat..100 biji lebih kurang.

semua kontrol come sbb nak bergambar...hehehe
tangan sapa la ni?hm..cam fatin jer...:D
hm selingan:P kambing masak hitam..santapan dinner..nyum2x..
buat keje sambil tgk tv..hehehe
anak teruna kami...ehem2x...
karipap yang dah siap kelim
inti karipap yang masih berbaki...banyaknye!

Kat atas tu gambar sekitar preparation...dan untuk makluman semua,harini 23 jan 2012,
kami pegi ke event tersebut..malangnya makanan kami kena serbu 15
minit pertama...habis!huwa!!..tapi takpe la...habis tu maksudnya kami masak sedap...ngeh3x...

No comments:

Post a Comment