Wednesday, January 18, 2012

Bulan kedua di London

Assalamualaikum.....
Setelah sekian lama saya berangan nak mewujudkan blog ni..akhirnya malam ni tercapai jugak impian saya dgn bantuan encik suami tercinta :).Sampai tarikh ini 18 Januari 2012,sudah 49 hari kami berada di Bumi United Kingdom ni.Dan usia puteri saya pun sudah menjangkau 90 hari..Alhamdulillah sepanjang berada di sini,kami semua berada dalam keadaan sihat walaupun cuaca sangat sejuk terutamanya sekitar minggu ini kerana suhu telah menurun menjadi negatif.Bagi kami yang berasal dari Asia..cuaca sejuk seperti ini terasa sangat tidak selesa kerana terpaksa berbaju tebal setiap kali mahu keluar rumah.Sedangkan di Malaysia kalau pakai baju selapis pun masih panas dan mahu berkipas sepanjang masa.Tetapi alhamdulillah..kami semua dapat menyesuaikan diri di sini terutama buah hati pengarang jantung saya;adam dan nuha.Terima kasih ya Allah kerana memudahkan kehidupan kami di sini dan membuat diri saya bahagia kerana dikelilingi suami,anak-anak dan kawan-kawan yang sentiasa membantu kami ketika kami memerlukan....

No comments:

Post a Comment