Saturday, December 14, 2013

Dah 6 tahun bersama:)..Happy birthday Dear Mr Hubby:)

Assalamualaikum..Waktu jari menaip catatan ni,dah masuk 15 Dec,Tapi masih dalam mood ulangtahun perkahwinan kami yang ke 6.Sebab apa saya kata begitu?Sbb 14 Dec 2007 saya dan Suami,Fathullah selamat diijabkabulkan.15 Dec 2007 Majlis kenduri sebelah rumah saya dan esoknya 16 Dec 2007 pulak majlis perkahwinan kami di sebelah rumah Encik Suami.Selamat Ulangtahun perkahwinan ke 6 utk saya dan suami,hehe dan juga Selamat Hari Lahir buat Suamiku Fathullah Ghazali,tarikh sama dgn tarikh pernikahan,kalau tak ingat,memang cari nahas.hehe.

Syukur Ya Allah atas nikmat kurnia yang engkau beri kepada kami sepanjang tempoh kami bersama.Segala pahit manis kehidupan,dan susah senang kami harungi bersama.Selama 6 tahun kami berkongsi susah senang,dan dikurniakan 2 orang cahaya mata yang comel,Adam dan Nuha.Semoga anak-anak mama dan abah membesar menjadi Orang yang berguna yang dapat berbakti utk Agama secara khusus dan kpd manusia sejagat secara amnya. .

Saya merajinkan jugak diri hari ni buat kek sempena hari Istimewa kami.Tapi sayangnya Suami diuji sedikit dgn kesihatan yang tidak memberansangkan..Syafakallah...harap-harap esok sembuh sepenuhnya ya ...

penuh buah atas kek sbb n tutup bahagian atas kek yg kekurangan krim..hihi..
Red Velvet + cream cheese Topping+ kiwi+ starwberry



No comments:

Post a Comment