Alhamdulillah syukur kepada Ilahi kerana diberi nikmat untuk
masih lagi bernafas di bumi NYA...
Tanggal 7hb September 2013 (10 hari dari sekarang), kami
akan berpindah buat kali keduanya..
Jika perpindahan kali pertama dulu disebabkan keadaan rumah
yang sangat teruk dan tidak sihat untuk didiami, kali ini perkara lain pula
terjadi.
Sepanjang 6 bulan pertama kami mendiami rumah di Ferndale
Crescent ni, semuanya serba seronok (kecuali sewa rumah yang sangat mahal,
£1350/month), namun 6 bulan keduanya baru kami nampak belang jiran2 di sini. Ada
sebilangan jiran di sini yang kurang senang dengan kami, mungkin kami ni
bising2, ya lah anak2.. biasa la kan.. kadang2 tu kejadian kecil macam kes
troli tesco pun diketuk rumah kami nak diugut polis or council.. kami dah lali
dengan amaran2.. sampai ke peringkat lantaklah diorang.. tapi dalam hari kami
pun rimas hahaha..
Jadi kami buat keputusan, abis setahun kontrak sewa rumah di
Ferndale Crescent, kami tak mahu sambung lagi. 3 hari penat mencari.. akhirnya
ketemu dengan 2 buah unit properties. 1 property di St John's Road, dekat Uxbridge.
Satu lagi di Yiewsley melalui carian Gumtree.com (macam mudah.my kalau di
Malaysia). Lepas viewing rumah, kami nilai kelebihan dan kekurangan rumah
masing, kami bersepakat untuk menyewa rumah di Yiewsley.
Rumah sewa pertama, Bridge Road |
Rumah sewa kedua, Ferndale Crescent |
Rumah Sewa Baru (Flat 2 bilik je) di Yiewsley |
Rumah Sewa ke 3, (Flat 2 bilik je) di Yiewsley |
Berharap semoga Allah membantu kami hidup di sini, dan
semoga Allah permudahkan pengajian aku di sini..