Thursday, February 23, 2012

Fascinating Borneo(3rd July-11th July 2011)

Boxing Day


26 Disember 2011(Ahad)

Jeng3x..alkisahnya suatu masa yang lalu..haha..cerita dah basi..tp ku mahu tulis juga sbb nanti boring2 boleh baca.
Hari 26 Dec ni merupakan 'boxing day' sehari selepas Krismas,hari buka hadiah.Banyak kedai masih tutup...raya la katakan..tp sesetengah kedai atau outlet tertentu buka dan ada sale gila2 punya yang tak pernah termimpi dpt murah pd hari tu.Dek kerana keterujaan nak tgk org bershopping and berboxing pd hari tu,maka kami pun jejalan la pi ke Pekan Uxbridge seawal pukul 9 pg...tu pun dah kira lewat tau..Kak Fidah,Tuan umah yg kami tumpang dok ni bgtau plg awai kedai buka pukul 6pg...kedai tu nama dia 'Next" dalam The Chimes...Aiya depa sanggup tu korbanwaktu tidoq dok pi beratoq awal2 pg buta nak serbu kedai.Ni dok kata kat orang..aku nanti tah2 camtu pa..heheh..taktau lg..kita tgk dulu apa ja tahun ni..tahun depan baru kita pulak yang pulun na....

bergambar depan Clarks..beli idak pun..hihihi

anak dah terlena,amam masih anggun nak bergambar:D

sibuk la si abang adam ni nak sayang adik nuha..

me and my husband!

Marks and Spencer pun ada tau kat Uxbridge ni..heheh mcm biasa tak beli pun.

CIuman kasih dr seorang anak:)

The big bro with his dad

Align Center
Kami:)

Boxing Day

Ayam masak kicap

Tak tahu ini menu yang bila...bila kehabisan idea nak masak..maka,masak kicap la jadi pilihan..heheh..tak la senang sgt...tp takle susah sgt..sbb bahan dia simple..Ok resipi dia simple ja

Ayam Masak Kicap:

2-3bjBawang merah utk menumis
500gm ayam dibersihkan
sedikit kicap
sedikit air asam jawa
garam
gula
air
satu sudu tepung jagung
minyak utk menumis
Garam dan kunyit utk goreng ayam

Cara-cara

1)Gaulkan ayam yang tekah dibersihkan dengan garam dan kunyit....
2)Panaskan minyak utk menggoreng ayam
3)Bila minyak betul2 panas,masukkan ayam yang digaul dgn kunyit tadi,buka api yang sederhana
4)Tak perlu garing sangat,Bila dah goreng semua ayam,ketepikan dulu
5)Buang sedikit minyak bekas gorengan ayam,dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu di dalam kuali
6)tumis bawang merah hingga naik bau
7)masukkan ayam yang tekah digoreng tadi
8)Masukkan sedikit air dan air asam jawa,kicap,garam,gula
9)sesuaikan rasa.dan letak tepung jgung utk pekatkan sikit kuahnya
10)Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong gelang dan cili merah yang dihiris nipis
11)Sebelum menghidang,taburkan dgn daun sup yang telah dipotong halus

Selamat mencuba!



Kalau makan satu jenis lauk ni saja pun dah cukup umph!

Cotton Soft Japanese Cheese Cake


Kek ni sebenarnya buat utk bawa ke rumah kawan saya,Izu sempena Majlis Bacaan Yassin rumah dia 18 Feb 2012 yg lalu...Ambik dr blog Shima...diaorg mkn ckp sedap!thanks Shima,resipi u mmg marbeles la!

Ni dia Resipi kek ni...cik Izu suka benor makan ni...so salin na..jgn tak salin..:

CottonSoft Japanese Cheese Cake

Bahan A:

250gm Cream Cheese
50 gm butter
100ml Fresh Milk
6 biji Kuning Telor
1 Sdb Jus Lemon
1/4sdk garam
60gm tepung kek
20gm tepung jagung

Bahan B:

140gm gula (granulated)
6 biji putih telur
1/4 sudu teh tartar krim atau 3/4sdk jus lemon

Cara-cara:

1) Cairkan Cream Cheese,butter dan susu dgn kaedah duble boiler.
2)Bila dah cair,sejukkan adunan cream cheese tadi.
3)Kemudian,campurkan tepung kek,tepung jagung,kuning telur,garam dan jus lemon ke dalam adunan cream cheese tadi dan gaul hingga sebati.
4)Dalam bekas lain,pukul putih telor bersama tartar krim sampai berbuih(foamy).
5)Selepas itu,tambahkan gula dan pukul lagi sehingga stiff(bertanduk) atau soft peak.
6)Campurkan adunan bahan A ke dalam adunan bahan B yang dah gebu tu dan kacau sampai sebati.
7) Sediakan tin/bekas kek yang bulat berukuran 8 inci yang telahdigriskan bawahnya dan tepinya disalut dgn kertas baking.Tuang adunan kek kedalam tin.
8)Bakar kek dalam sejam dgn cara bain marie(waterbath) pada suhu 160 darjah celcius/325 degree F

Tiramisu


Tiramisu ku yang pertama di UK...tercetusnya idea nak buat tiramisu ni sbb en.suami ku berkenan nak beli tiramisu instant kat tesco.Lalu,saya pun offer la...tak payah beli la...buat sendiri senang jer..lg pun tak ragu2 dah kehalalan dan kesuciannya...maka inilah rupa tiramisu buatan sendiri..tp mintak mahap ler..kek dia agak relai sbb curah banyak sgt nescafe atas kek..huhuh..Takpe next time buat,make sure its perfect!

Utk resipi tiramisu ni..tgk kat bawah ye:

Tiramisu

Utk lapisan kek sponge,saya buat pakai tpg instant yg kat tesco tu jer dan ikut arahan dia sebijik2 mcm kat kotak.Tapi bg saya,aduan tpg kek tu tak spongy mcm yg biasa buat..kalau saya saya tak berapa suka la.If nak lagi senang,beli sponge finger.

Adunan Cream Cheese

300gm soft cheese
300ml whipped cream
250gm sugar
2tbs nescafe
air suam

Caranya:

1)Whip Whipping cream sampai stiff
2)then,masukkan soft cheese dan gula,pukul samapi semua sebati
3)sediakan satu mangkuk bersih dan



My 1st baking Project in UK


Dah tak ingat dah bila buat kek ni...tp memula dpt barang utk 'perang' 1st sekali saya buat kek ni la..Teringat kek cik izu jamu kami waktu kami ziarah dia bulan 1 hari tu..maka saya pun google la resipi kek pisang...Sebenarnya saya dah jumpa resipi yang betul2 saya nak..tp buku yang saya tulis resipi tu hilang mane tah..Akhirnya terpaksa cari resepi yang lain...jumpa la resipi yang ini.

Kek Pisang

Bhn-bahan:

3 biji pisang lenyek(2 cawan teh)
250gm tepung naik sendiri
160gm gula
180gm butter
4 sudu besar fresh milk
3 biji telur
1-2 drops esen pisang
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
a pinch of salt

Cara-cara:

1)Pukul butter dan gula hingga kembang
2) Kemudian masukkan telur yang telah dipukul
3)kacau hingga sebati jer
4)masukkanesen pisang,susu dan mashed banana.Kacau sebati.
5)Akhir sekali masukkan tepung dgn kaedah kaup balik
6)Masukkan adunan kek ke dalam loyang yang telah dilengser dgn butter dan bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 1 jam.

Kek ni sedap makan panas-panas..tapi pekena sepotong dua pun dah kekenyangan dah..huhuhu



Sambal Sotong

Sambal Sotong

Dah lama benar tak mkn makanan laut.Hai nasibla,sejak duduk di UK ni,asyik mkn ayam jer.Hari hari ayam...seminggu sekali baru dpt mkn ikan...huhu..Nak buat camana Ikan mhl dan susah sikit nk dpt berbanding ayam n daging.Jadi baru2 ni pi Lun Foong(ChineseSupermarket ) jumpa sotong...apa lagi...teringin nak makan sambal sotong..nah!inilah hasilnya!.Resepi nanti yer..heheh..nanti i buat yag lagi kick i post resepi kat blog ni..:D



Wednesday, February 22, 2012

Food Testing with Raihan and Kak Lip

Ceritanya gini...Brunel University nak buat One World Week..Salah satu event diaorang buat booth utk perkenalkan makanan negara masing.masing.Jadi,suami saya minta saya sediakan satu jenis kuih yang melambangkan identiti Malaysia..Ok kami setuju nak buat kuih keria.Idea ni sebenarnya dr Raihan....Jadi,seminggu sblm event tersebut.Raihan dan Kak Alipah dtg rumah..konon2 nak buat food testing la.Kebetulan ada sikit Ubi Keledek..kalau kat sini(UK) nama dia sweet Potato..tp bentuk dia mmg mcm potato..tak mcm ubi keledek yg jumpa kat Malaysia nu.Jadi kami pun try la buat,malangnya tak jadi kuih keria tu..Mungkin kerana tekstur ubi keledek(sweet Potato) Uk ni tak samamcm ubi keledek hakiki Malaysia.Walau pun mcm tu,kaka Lip bgtau memeg ada keledek yg mcm Malaysia tu,cuma nak dpt benda tu kena pi kedai yg jauh sikit la dr rumah kami.Jadi,saya pun akhirnya buat keputusan nak buat ketayap je la.Then,Raihan pulak nak goreng mihun.Tapi Pd hari tu jugak rupanya Raihan buat food testing satu jenis kuih lagi iaitu 'burger Malaysia'.Sejenis kuih..adunan dia mcm donut..tp buat bulat2 dan goreng.Bila dah masak belah tengah dan letak sambal ikan bilis dgn timun..Memang sedap sgt.Tp sayangnya Raihan busy..dia cakap tak cukup masa nak membelek buat kuih tu..Tu yang akhirnya kami pakat2 buat sendiri..tp still ok kan..lagi banyak jenis dapat...heheh

Sempat bergambar dgn Raihan dan Lip sblm depa balik
Rahan tgh geram dok ngacah anak dara saya..hehehe
ha ni rupanya 'burger Malaysia' buatan Raihan.resepi kena tanya dia la,saya tak penah try buat lagi..hihih

Menjala Roti

Udang Masak Rempah

Kambing Masak Hitam








Asam Pedas Ayam

One World Week












Monday, February 20, 2012

Nuha genap 4 bulan

20 Februari 2012


Sehingga tarikh ini,genaplah nuha 4 bulan....dan kami pulak lenih kurang 2 bulan lebih dah menetap di London...So far alhamdulillah..Allah mengurniakan kesihatan yang baik pada kami sekeluarga dan saya akan terus berdoa supaya Allah memudahkan perjalanan hidup kami di bumi asing ini.

Apa Nuha dah pandai buat ye?Tok dgn Wan Langgar selalu tanya,Nuha dah boleh apa?heheh..Nuha tak boleh meniarap lagi...anak dara ni malas lagi nak alih2 badan..hehehe..tapi so far ok la sebab kalau dia mula bergerak,alamatnya saya tak larat nak nak kepung...huhuh.teringat waktu Adam kecik dulu..waktu 2 bulan lebih dah meniarap.Dalam pantang lagi dah tunjuk minat nak meniarap...Takpe la abang dgn adik ada perbezaan dia,yang penting dua2 permata hati saya ni sihat.Tapi Nuha dah mula pandai minta dukung la..Kalau sesiapa lalu dekat dia,dia buat suara suruh angkat,pastu lentikkan badan dia..haha rasa mcm lawak,tp memang betul la tu,dia minta diangkat.Kalau time mood dia ok,siap bunyi aw..aw...hehe mcm kucing...nak sembang rupanya...




Si Abang Adam pulak sedang belajar mengenal alif ba ta...Dia suka sangat tengok upin ipin,cerita smurf dll.Kadang-kadang satu hari sampai 2,3 kali pasang movie yang sama.Jadi,saya sarankan pada suami supaya upload video nasyid alif ba ta.Sekurang-kurangnya dia boleh mula mengenal huruf hijaiyah.Alhamdulillah..pendekatan melalui lagu sangat mengagumkan.Walaupun Adam tak boleh hafal semua,tp sekurang-kurangnya dia dah boleh tau sikit-sikit.Tapi apa-apa pun memang nak kena cari muqaddam dan start ajar dia tiap2 hari..takut dia ketinggalan dan nak dia kenal huruf bukan hafal huruf.Setakat ni abc pun dia boleh hafal dah..cuma dia masih belum kenal huruf....So...bermula la fasa mencabar mendidik anak-anak..huhuh..Apa-apa pun saya sentiasa mendoakan anak-anak saya membesar menjadi manusia berguna di Dunia dan Akhirat

Friday, February 17, 2012

Mati itu pasti...

Hari Rabu(malam Khamis) bersamaan 15 Feb 2012 yang lalu,kami dikejutkan dgn berita pemergian Bapa Saudara saya,Abdul Rahim bin Haji Ahmad.Saya sangat terkejut menerima perkhabaran ttg kematian beliau,kerana bg saya Pak Cik masih muda.Malam tu juga,saya terus telefon rumah saya utk mendapatkan kepastian ttg berita ini.Memang sahlah..pakcik saya telah meninggal dunia pukul 5 pg (waktu Malaysia bersamaan 16 Feb 2012,hari Khamis).Saya tergamam seketika.Menurut abah saya,pakcik dikejutkan ke hospital pukul 4 pg..mungkin kerana sesak dada...tetapi lebih kurang sejam kemudian,beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.Saya tak sempat bertanyakan banyak perkara ttg berita ini kerana waktu tu,abah saya sibuk menguruskan jenazah,menelefon saudara mara dan menguruskan beberapa perkara lain lagi utk mengebumikan mayat arwah pada pagi hari tersebut.Masih teringat kali terakhir kami bertemu iaitu pada hari kami sekeluarga nak berlepas ke London.Saya tertunggu-tunggu juga kehadiran pakcik dan makcik di rumah sbm kami ke airport...pak cik tak kunjung tiba jua..Waktu tu saya memang tak sempat nak berjalan ke rumah saudara mara kerana saya masih dalam tempoh berpantang.Rupa-rupanya Pakcik dan Makcik menunggu kami di Airport utk mengiringi pemergian kami ke London.Saya sempat bersalaman dengan mereka dan memohon maaf..Itulah kali terakhir saya berjumpa dgn Pakcik dan saya tak pernah terjangka saya tak akan berjumpanya lagi....Segalanya ketentuan Ilahi.Saya Redha dan Pasrah..saya doakan Pakcik Rahim ditempatkan dikalangan orang yang Beriman..InsyaAllah..kita pasti bertemu di 'Sana'.

Berita kematian Pakcik mengingatan saya pd ketika umur saya 14 tahun.Saya menerima berita kematian bapa saudara(dr sebelah tok wan saya).Ketika dia meninggal,umurnya sekitar 30 tahun.Sblm dia meninggal,dia bangun waktu suboh dan terasa sesak dada dan meminta isterinya sapukan ubat.Sakit menjadi semakin kuat,Akhirnya dia hanya mampu menyebut 'Allah,Allah,Allah;.Rupanya,ajalnya sudah sampai.Ketika dia meninggal,usianya masih muda,dan punya anak-anak yang masih kecil dan perlukan perhatian.Sejak dr peristiwa itu,saya terasa sangat insaf dan rasa bila-bila masa saja Tuhan akan jemput saya pulang.Tak perlu tunggu tua.Saya terbayang Malaikat sedang menyoal saya di alam kubur..terbayang tentang balasan yang akan saya terima di alam sana.Saya jadi takut.Peristiwa tersebut betul-betul terkesan di hati saya.Saya mula bangun awal pagi kerana saya takut tak sempat solat Suboh,takut malaikat dah datang jemput saya.Lama jugak saya mengalami trauma tu..lebih kurang sebulan dua..Saya tak mampu tersenyum kerana teringat akan 'mati' akan datang tak kira masa.

Sekali lagi,perasaan seperti itu muncul dalam hidup saya sejak saya menetap sementara di bumi London ini.Sejak saya datang ke sini,sudah dua orang ahli keluarga saya pergi menemui Ilahi.Pertamanya sepupu saya,Abang Mi.Saya sempat berjumpa dgn Abang Mi dan keluarganya beberapa hari sebelum saya melahirkan Nuha.Waktu tu kami bertandang ke rumah Mak Ngah Yam saya di Kuala Kedah.Mak Ngah buat kenduri doa selamat sbb nak pegi buat Haji..Waktu tu,Abang Mi nampak kurus sgt dan seperti tak sihat.Bila ditanya,Abang Mi cakap dia sakit urat,tp bila pi hospital Dr tak dapat kesan sakit apa,mungkin juga penyakit misteri..kerana dia orang busines..Tapi,apa apa pun kena berbaik sangka pada orang..anggap ini semua ujian Allah utk hambanya.Lebih kurang sebulan kami di UK,mak btgau Abang Mi dah meninggal...Innalillah...dia sudah pergi mengadap Ilahi dalam usia yang agak muda..sekitar 50 tahun.

Serta merta saya teringat pasal kematian sahabat seperjuangan saya di UIA dulu,Allahyarham Wan Ahmad Fadhil.Kalau tak silap Ahmad meninggal pada 1 Mac 2011 lalu akibat kemalangan jalan raya.Kenderaan yang Ahmad naiki bertembung dgn kuda yang melintas tiba-tiba atas jalan raya.Berita tersebut betul2 membuatkan saya tersentak kerana Ahmad meninggal seta merta di tempat kejadian.Namun Allah memberi ujian yang sangat besar buat Isteri dan anak-anaknya kerana mereka berempat dalam kereta yang sama pd hari kejadian,namun Allah memilih Ahmad utk kembali kepadanya terlebih dahulu.Saya pasti Nur,isteri Ahmad sangat fobia dgn kejadian tersebut dan tersangat besar ujian yang terpaksa beliau tempuh kerana pada ketika suaminya meninggal,mereka baru mendapat baby baru berusia dua bulan,dan pada waktu tu,mereka dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Setiu.Arwah Ahmad,bekerja di Islamabad sebagai PTD dan waktu tersebut dia pulang bercuti ke Malaysia dan ingin membuat kejutan utk keluarganya..dgn tidak memberitahu kepulangannya ke Malaysia.Rupanya kejutan itu bukan sekadar kejutan biasa tetapi kejutan yang amat hebat kerana Keluarganya menerima berita kepulangannya dan kematiannya sekaligus..Ya Allah..ujian yang kau beri pada mereka terlalu besar..Mudah-mudahan Arwah Wan Ahad Fadhil tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang Soleh.

Apa yang pasti,sejak saya sampai di Bumi London ni,saya seringkali terbayang pasal kematian.Kerana saya takut andainya terjadi sesuatu yang saya tak ingini sewaktu kami berada di bumi asing ini sedangkan keluarga jauh di Malaysia.Saya berdoa setiap hari agar dilindungi Allah dr segala perkara yang tak diingini.Saya memohon supaya Allah memanjatkan usia kami semua utk terus bernafas di dunia fana ini utk mengutip sebanyak mungkin bekalan utk dibawa ke alam 'sana'.

Mati itu pasti dan muda bukanlah jaminan yang kita masih punya banyak waktu utk hidup di dunia ini.Nyawa ini hanyalah sekadar pinjaman dr Allah.Jadi gunakanlah masa yang ada sebaik-baiknya utk membuat amal ibadah dan kebajikan sebagai bekalan di Alam 'sana'.'Setiap yang hidup pasti akan menemui kematian'....Telah jelas dalam Al quran menyebutkan tentang perkara ini.Mudah-mudahan kita sentiasa bersedia menghadapi kenyataan itu...

Friday, February 10, 2012

Snow turun lagi...

Semalam 10 Feb 2012 snow turun lagi buat kali kedua.Mulanya saya tak perasan.Waktu tu sekitar pukul 9 mlm.Kami tengah rehat2 kat ruang tamu sambil layan fb,pastu tgk sorang kwn update status di fb mengatakan mlm ni snow..hm..sy tgk betul2 dr tingkap rumah.Wah!memang tgh snow!Patut la sejuk sgt!Nampak macam lebat.Tp tak lama macam last week,mungkin waktu kami tertidur snow pun mula berhenti.Kalau last week punya,snow mula turun sekitar pukul 6ptg sampai pukul 3 pagi pun masih snow.Apa-apun kali ni takla excited mcm 1st time nampak snow..hehehe..sbbnya snow tak tebal dan chance nak main pun kureng.So esoknya 11 Februari 2012 sekadar tgk jer la dr luar rumah.Takde pulak bawak anak2 gi main kat park,lagipun hubby kena gi ofis..huhuhu...

Thursday, February 9, 2012


1st Time Experience in Snowy London

Jeng3x..alkisahnya pada 4 Februari 2012 bersamaan hari Sabtu yang lalu...sekitar pukul 6ptg...salji telah turun menimpa Bumi London dgn lebatnya....Inilah saat yang ditunggu-tunggu setelah sekian lama..heheh..dah berpuluh tahun hidup di muka bumi ni...ni baru pertama kali dpt tgk life hujan salji..mestila jakun kan.Tgk dr weather forecast memang akan turun salji..jd sebb tu la kami dah bersedia awal2..2,3 jam sblm salji turun pun my hubby keluar pergi town dgn adam nak cari cat(kami mengecat rumah hari tu)..dia cerita memang Mat Saleh pun dah start pakai tebal dr biasa,berbungkus habis...sekitar hujung bulan 1 dan bulan 2 ni memang cuaca lebih sejuk dr biasa hingga mencecah -3 dan akhirnya 4 Feb salji mula turun.Waktu tu kebetulan ada siaran langsung bola Manchester vs Fullham kat Tv.My hubby sedang kushuk tgk tv disamping aktiviti cat mengecat kami yang belum selesai..saya pulak sibuk ajak suami saya keluar ambil gambar dalam salji....setiap jam saya ulang tgk salji dr tingkap rumah..cantikya bila tgk pemandangan kat luar rumah dah memutih...